21 Februari 2010

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti Gerakan

Tarikh: 21 Februari 2010 (Ahad)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Dewan HGH, SJKC Sentul

Jemputan daripada Saudara Lim Si Pin kepada seluruh warga Pemuda di kawasan Parlimen Batu. Kepada yang ingin turut serta, diminta berkumpul di Restoran Mahkota, Sentul Raya.

Untuk melihat album gambar, sila klik di sini.

17 Februari 2010

Bantahan Terhadap Kerajaan Australia

Tarikh: 17 Februari 2010 (Rabu)
Masa: 09.00 pagi
Tempat: Di hadapan Kedutaan Australia

Mohon kerjasama para pemuda di peringkat cawangan untuk bersama-sama menyertai bantahan terhadap Kerajaan Australia yang mencampuri prosiding mahkamah terhadap kes liwat DSAI. Para pemuda diminta agar dapat berkumpul di Restoran Kampung Pandan, Jalan Yap Kwan Seng. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin akan bersama-sama kita dalam bantahan ini dan akan menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Australia.

Untuk melihat gambar, sila klik di sini.

16 Februari 2010

Seminar Percuma - "National Investment Dialogue and Seminar”

Tarikh: 23 February 2010 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: 14th Floor, Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

SEMINAR INI ADALAH PERCUMA.

Dan harap dapat hubungi terus En. Amirul Tel : 03-22673413 ext 411

Keynote Address by YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Minister of International Trade and Industry Dialogue Session with YB Minister.

Tajuk dari MIDA(Liberalisation of Services Sectors by MITI,Incentives & Business Opportunities in Services Sectors by MIDA,Aerospace – Maintenance, Repair & Overhaul (MRO) Business Opportunities & Challenges in Malaysia by Malaysian Industry-Government Group for High-Technology (MiGHT),Success Story by PKT Logistic (tentative),Q & A Session)

Tajuk dari SME Corp(Developing Competitive SMEs through Capacity Building Programmes by SME Corp Malaysia,Technology Funding & Incubation Programme by Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)Computer Security is now a Social Issue by Cyber Security ,Endless Possibilities of ICT by MDeC,Energy Efficiency and Conservation by Pusat Tenaga Malaysia,Q & A Session)

14 Februari 2010

Penghinaan Terhadap Rasullullah SAW


Click on image to enlarge.

13 Februari 2010

PENYOKONG ANWAR LARI !!!

Boleh dikatakan bergema lobi mahkamah di hari pertama kes anwar dijalankan sehingga ada insiden yang tidak diingini berlaku. Dan terdengar lah laungan ”REFORMASI” dan poster serta kain rentang dimana tertera sokongan kepada Anwar.

Tetapi selepas kesnya berjalan hari demi hari, kelihatan penyokongnya juga berkurangan. Malah Ayam Sabung PKR iaitu Tian Chua juga tidak kelihatan di hari kelima.

Hairan! Mana pergi penyokong-penyokong Anwar pergi!!! Adakah mereka dah sedar atau meluat untuk menyokong pemimpin kesayangan mereka ini lagi!!!

Bersama kita fikir dan renungkannya... ...

12 Februari 2010

DAP DITOLAK OLEH PAKATAN RAKYAT


Saya amat teruja dengan kenyataan Y.B Zulkifli Noordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Di mana sewaktu Program Soal Jawab di TV3 beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak memerlukan DAP lagi..

Ini kerana beliau telah nampak tindak tanduk DAP yang semakin bertindak menindas orang-orang melayu khususnya dan tidak menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Bagi saya, Sudah tiba masanya Y.B Zulkifli meninggalkan PKR kerana Bosnya sendir iaitu Anwar pun masih menyokong DAP dalam apa jua yang parti itu buat!

Kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat sedarlah, fikirlah, apa yang telah DAP lakukan pada kita khususnya orang-orang melayu.

Yang nyata Anwar dan Pas bukan pejuang agama islam dan orang melayu yang sebenar. Bersama kita fikir dan renungkanya...


FAIRUL ISKANDAR HJ FAIZIL DE SOUZA

Kursus Pengucapan Awam Anjuran Biro Pendidikan & Latihan Pemuda UMNO Batu

Tarikh: 13 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Bistari, UniKL

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Fairul Iskandar di Pejabat UMNO Bahagian Batu, Taman Bullion Mewah, KL.

11 Februari 2010

Islam in Malaysia: Legal Implications for Converts


Click on image to enlarge.

"Petaling Street Walkabout" Bersama Perdana Menteri

Tarikh: 11 February 2010 (Khamis)
Masa: 5.00 petang
Tempat: Pintu Gerbang Jalan Petaling, Off Jalan Cheng Lock, KL


Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak, dengan semangat 1Malaysia, akan mengadakan lawatan ke Jalan Petaling untuk bertemu dengan rakyat dan meninjau kawasan sekitarnya. Ini adalah di antara usaha kerajaan Barisan Nasional untuk menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat. Syabas diucapkan kepada PM di atas usaha dan kesudian beliau untuk turun padang di Wilayah Persekutuan. Seluruh warga Palimen Batu dijemput hadir bersama-sama beliau dalam lawatan ini.