10 Jun 2010

MEJA PENOLONG SETIAUSAHA PEMUDA UMNO BAHAGIAN BATU - (10 JUN 2010)

WAKIL DUA (G2) PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BATU KE PERHIMPUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
Sukacita diumumkan bahawa ahli pemuda yang ingin menawarkan diri sebagai wakil dua (G2) Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu ke Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, bolehlah mendapatkan borang menawar diri selepas Taklimat Persidangan, Penyerahan Notis Panggilan Persidangan Pemuda UMNO Bahagian serta Penyerahan Tauliah ahli persidangan yang akan diadakan pada 18 Jun 2010 (Jumaat), jam 9.00 malam di Pejabat UMNO Bahagian Batu. Tarikh tutup penghantaran borang tawar diri adalah pada 28 Jun 2010 (Isnin) sebelum jam 12 Tengahari di Pejabat UMNO Bahagian Batu.
Syarat kelayakan untuk menawarkan diri ialah :
  1. Perlu mendaftarkan diri pada tempoh yang telah ditentukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu sahaja.
  2. Menjadi ahli UMNO sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
  3. Borang penawaran diri perlu disokong oleh mana-mana ahli UMNO (Pemuda) di dalam Bahagian Batu bagi membenarkan ahli untuk bertanding.
Sekali lagi ingin di nyatakan bahawa segala urusan bagi pemilihan wakil dua (G2), akan dilaksanakan di Pejabat UMNO Bahagian Batu seperti mana tarikh dan masa yang dinyatakan.

Tarikh Mula : 18 Jun 2010 (Jam 9.00 malam)
Tarikh Tutup : 28 Jun 2010 (Jam 12 tgh hari)

Sekian untuk makluman. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan