28 Oktober 2010

Majlis Perasmian Kompleks Perniagaan & Komuniti

Salam sahabat. , sdr dijemput ke Perasmian Kompleks Perniagaan & Komuniti Bdr Baru Sentul & Majlis Sumbangan Deepavali utk Golongan Miskin & Miskin Tegar di Pusat Perniagaan & Komuniti Bdr Baru Sentul, anjuran DBKL pd hari ini jam 11.30 pagi. Ketibaan YB Menteri pada jam 12.00tghari. Tkasih.

20 Oktober 2010

Program Futsal 1Malaysia

Salam sahabat. Makluman Awal. Mohon semua ajk Pemuda Bhg hadir ke Perasmian Prog Futsal 1 M'sia yg akan disempurnakan oleh Dato' Razali Ibrahim Timb Men. Belia dan Sukan merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO M'sia di Gelanggang Futsal di Pasar Baru (hadapan Masjid Amru Al-As) Bandar Baru Sentul jam 9 pagi 24 Okt 2010. Kehadiran adalah wajib dgn pakaian pemuda @ Kemeja putih.

10 Jun 2010

MEJA PENOLONG SETIAUSAHA PEMUDA UMNO BAHAGIAN BATU - (10 JUN 2010)

WAKIL DUA (G2) PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BATU KE PERHIMPUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
Sukacita diumumkan bahawa ahli pemuda yang ingin menawarkan diri sebagai wakil dua (G2) Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu ke Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, bolehlah mendapatkan borang menawar diri selepas Taklimat Persidangan, Penyerahan Notis Panggilan Persidangan Pemuda UMNO Bahagian serta Penyerahan Tauliah ahli persidangan yang akan diadakan pada 18 Jun 2010 (Jumaat), jam 9.00 malam di Pejabat UMNO Bahagian Batu. Tarikh tutup penghantaran borang tawar diri adalah pada 28 Jun 2010 (Isnin) sebelum jam 12 Tengahari di Pejabat UMNO Bahagian Batu.
Syarat kelayakan untuk menawarkan diri ialah :
  1. Perlu mendaftarkan diri pada tempoh yang telah ditentukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu sahaja.
  2. Menjadi ahli UMNO sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
  3. Borang penawaran diri perlu disokong oleh mana-mana ahli UMNO (Pemuda) di dalam Bahagian Batu bagi membenarkan ahli untuk bertanding.
Sekali lagi ingin di nyatakan bahawa segala urusan bagi pemilihan wakil dua (G2), akan dilaksanakan di Pejabat UMNO Bahagian Batu seperti mana tarikh dan masa yang dinyatakan.

Tarikh Mula : 18 Jun 2010 (Jam 9.00 malam)
Tarikh Tutup : 28 Jun 2010 (Jam 12 tgh hari)

Sekian untuk makluman. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

04 Jun 2010

Persidangan UMNO Cawangan Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching

Tarikh: 04 Jun 2010
Masa: 08.30 malam
Tempat: Dewan Orang Ramai, Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching

Saudara Azniee Abdullah, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu, merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching menjemput seluruh warga Pemuda untuk hadir bersama-sama memberi sokongan kepada Persidangan UMNO Cawangan Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching.

Demonstrasi Membantah Keganasan israel

Tarikh: 04 Jun 2010
Masa: 2.00 pm
Tempat: Masjid Negara

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan membuat satu demonstrasi membantah keganasan israel. Harap dapat dipanjangkan mesej ini kepada yang lain. Mari kita beramai-ramai turun menyatakan solidariti kita kepada rakyat PALESTIN. Allahuakbar!

01 Jun 2010

Penyerahan Memorandum Kepada PBB

Tarikh: 01 Jun 2010
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Jalan Dungun, Bukit Damansara

Penyerahan memorandum oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu membantah sekeras-kerasnya terhadap keganasan israel menyerang konvoi bantuan Flotilla ke Gaza. Mohon kerjasama warga Pemuda Batu untuk turun hadir beramai-ramai jika berkesempatan.

22 Mei 2010

Program Juara Rakyat UMNO Bahagian Batu

Tarikh: 22 Mei 2010
Masa: 08.00 pagi
Tempat: Pejabat UMNO Bahagian Batu

Warga Pemuda Batu diingatkan agar dapat hadir memberi sokongan kepada program ini dengan berpakaian Pemuda.

16 Mei 2010

Program Bersama RELA

Tarikh: 16 Mei 2010
Masa: 09.00 pagi
Tempat: Taman Rowther

Program anjuran bersama RELA dan Persatuan Penduduk Taman Rowther dengan kerjasama Pemuda UMNO Batu. Mohon bawa ahli seramai mungkin untuk berdaftar menyertai RELA.

14 Mei 2010

Salam Takziah buat Puan Radiah Rajab

Dukacita dimaklumkan bahawa suami Puan Radiah Rajab, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu telah meninggal dunia. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Surau Taman Dato Senu. Al-Fatihah.

08 Mei 2010

Mesyuarat Pemuda UMNO Cawangan Selayang Lama

Tarikh: 08 Mei 2010
Masa: 08.00 malam
Tempat: Pejabat UMNO Cawangan Selayang Lama

Petugas mesyuarat dipohon untuk hadir awal. Selepas Mesyuarat, kita akan ke Program Santai BBQ bersama Pemuda Kampung Padang Balang dan Taman Koperasi Polis Fasa 1 bertempat di Pejabat UMNO Cawangan Taman Koperasi Polis Fasa 1.