31 Disember 2009

Perlawanan Bolasepak Persahabatan Bersama Pemuda Seputeh

Tarikh: 01 Januari 2010
Masa: 04.00 petang
Tempat: Padang Bolasepak Kampung Batu Muda

Barisan jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu akan mengadakan satu perlawanan bolasepak persahabatan bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh. Para pemuda akan berkumpul terlebih dahulu di Pejabat UMNO Bahagian Batu sebelum bergerak bersama-sama ke padang perlawanan. Seluruh warga UMNO Bahagian Batu dijemput hadir bagi memeriahkan lagi serta memberi sokongan terhadap pasukan Pemuda Batu!!!

29 Disember 2009

Program Pemimpin Bersama Rakyat Siri Ke-2

Tarikh: 29 Disember 2009 (Selasa)
Masa: 08.30 malam
Tempat: Dewan Kampung Batu Muda

Seluruh warga Parlimen Batu dijemput hadir ke program anjuran UMNO Bahagian Batu ini. Bersama-sama kita dalam program ini adalah YB Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Mohon kehadiran barisan AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu untuk memberi sokongan dan kerjasama terhadap program ini.

28 Disember 2009

Parlimen Batu (P.115)

P115 Parlimen Batu terletak di dalam kawasan pentadbiran Wilayah Persekutuan. Dikelilingi oleh Parlimen Kepong & Segambut di sebelah Barat, Wangsa Maju & Setiawangsa (Timur) serta bersempadan dengan Parlimen Bukit Bintang & Titiwangsa di bahagian Selatan.

P115 Batu merupakan penempatan pengundi berjumlah 70,544 orang (67,652 – PRU 11, kenaikan sebanyak 2,892 undi atau penambahan 4% pengundi) dibahagikan kepada:
30,334 orang Melayu (43%),
28,217 orang Cina (40%),
11,288 orang India (16%),
705 orang Lain-lain Bangsa (1%).

Daripada jumlah tersebut, sejumlah 2,575 adalah Undi Pos.

26 Disember 2009

Program Sumbangan Pakaian dan Peralatan Sekolah Kepada Pelajar-Pelajar Miskin

Tarikh: 28 Disember 2009
Masa: 8.30 malam
Tempat: Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS, Kg Batu

Program anjuran Gerakan Belia 4B Cawangan Rumah Pangsa PKNS Jalan Kuching melibatkan sumbangan kepada pelajar miskin berumur 7 hingga 17 tahun seramai 200 orang di Parlimen Batu. Program tersebut telah mendapat sokongan penuh daripada pihak UMNO Bahagian Batu dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.


Sila klik di sini untuk melihat album gambar oleh Saudara Razali Mohaiyin.

25 Disember 2009

Walimatul Urus

Tarikh: 26 Disember 2009
Masa: 12.00 tghari
Tempat: Pusat Komuniti DBKL, TKP2

Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan Kampung Medan Wira, Mohd Farid Mat Zin dan pasangannya akan melangsungkan majlis persandingannya dan menjemput semua hadir ke majlis tersebut. Semoga beliau bahagia hingga ke akhir hayat, InsyaAllah.

24 Disember 2009

Majlis Doa Selamat

Tarikh: 25 Disember 2009
Masa: 11.00 pagi
Tempat: No. 41, Jalan 34/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2

AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu, Saudara Haji Zainudin Ahmad ingin menjemput semua ke Majlis Doa Selamat ini sempena pencapaian akademik anak lelakinya. Semoga usaha beliau diberkati Allah s.w.t, InsyaAllah.

Mesyuarat Khas Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu

Tarikh: 24 Disember 2009 (Khamis)
Masa: 09.00 malam
Tempat: Pejabat UMNO Bahagian Batu

Mohon kehadiran saudara-saudara Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Agenda mesyuarat akan diberitahu kemudian. Terima kasih.

22 Disember 2009

Program Pemimpin Bersama Rakyat

Tarikh: 22 Disember 2009 (Selasa)
Masa: 08.00 malam
Tempat: Dataran Rumah Pangsa Seri Perak, Sentul

Program anjuran Biro Penerangan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu dengan kerjasama UMNO Bahagian Batu ini menampilkan speaker yang dijemput khas iaitu ADUN Bagan Pinang, YB Tan Sri Md Isa Samad dan ADUN Kok Lunas, Dato' Md Alwi. Mohon kehadiran seramai yang mungkin daripada para Pemuda di peringkat cawangan. Digalakkan untuk membawa rakan-rakan sebaya yang tiada hubung kait dengan mana-mana parti politik.

Klik di sini untuk melihat album gambar.

Klik di sini untuk membaca ulasan penuh tentang program oleh PapaGomo.

20 Disember 2009

Program Retreat Siri Ke-2 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu 2009

Tarikh: 19 - 20 Disember 2009
Masa: 08.00 pagi
Tempat: Bagan Lalang Beach Resort, Sepang


Program retreat anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu melibatkan AJK seramai 24 orang. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada program yang dijalankan dan diberkati Allah s.w.t.

Turut hadir sebagai tetamu adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Haji Ramlan Salleh, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Rizalman Mokhtar (Bandar Tun Razak) dan Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Taupik Hussain (Wangsa Maju).

Terima kasih diucapkan kepada mereka kerana sudi mengunjungi program kami. Sila klik di sini untuk melihat album gambar.