14 Februari 2010

Penghinaan Terhadap Rasullullah SAW


Click on image to enlarge.

13 Februari 2010

PENYOKONG ANWAR LARI !!!

Boleh dikatakan bergema lobi mahkamah di hari pertama kes anwar dijalankan sehingga ada insiden yang tidak diingini berlaku. Dan terdengar lah laungan ”REFORMASI” dan poster serta kain rentang dimana tertera sokongan kepada Anwar.

Tetapi selepas kesnya berjalan hari demi hari, kelihatan penyokongnya juga berkurangan. Malah Ayam Sabung PKR iaitu Tian Chua juga tidak kelihatan di hari kelima.

Hairan! Mana pergi penyokong-penyokong Anwar pergi!!! Adakah mereka dah sedar atau meluat untuk menyokong pemimpin kesayangan mereka ini lagi!!!

Bersama kita fikir dan renungkannya... ...

12 Februari 2010

DAP DITOLAK OLEH PAKATAN RAKYAT


Saya amat teruja dengan kenyataan Y.B Zulkifli Noordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Di mana sewaktu Program Soal Jawab di TV3 beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak memerlukan DAP lagi..

Ini kerana beliau telah nampak tindak tanduk DAP yang semakin bertindak menindas orang-orang melayu khususnya dan tidak menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Bagi saya, Sudah tiba masanya Y.B Zulkifli meninggalkan PKR kerana Bosnya sendir iaitu Anwar pun masih menyokong DAP dalam apa jua yang parti itu buat!

Kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat sedarlah, fikirlah, apa yang telah DAP lakukan pada kita khususnya orang-orang melayu.

Yang nyata Anwar dan Pas bukan pejuang agama islam dan orang melayu yang sebenar. Bersama kita fikir dan renungkanya...


FAIRUL ISKANDAR HJ FAIZIL DE SOUZA

Kursus Pengucapan Awam Anjuran Biro Pendidikan & Latihan Pemuda UMNO Batu

Tarikh: 13 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Bistari, UniKL

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Fairul Iskandar di Pejabat UMNO Bahagian Batu, Taman Bullion Mewah, KL.

11 Februari 2010

Islam in Malaysia: Legal Implications for Converts


Click on image to enlarge.

"Petaling Street Walkabout" Bersama Perdana Menteri

Tarikh: 11 February 2010 (Khamis)
Masa: 5.00 petang
Tempat: Pintu Gerbang Jalan Petaling, Off Jalan Cheng Lock, KL


Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak, dengan semangat 1Malaysia, akan mengadakan lawatan ke Jalan Petaling untuk bertemu dengan rakyat dan meninjau kawasan sekitarnya. Ini adalah di antara usaha kerajaan Barisan Nasional untuk menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat. Syabas diucapkan kepada PM di atas usaha dan kesudian beliau untuk turun padang di Wilayah Persekutuan. Seluruh warga Palimen Batu dijemput hadir bersama-sama beliau dalam lawatan ini.

10 Februari 2010

KISAH BENAR. ADIL KE TIDAK?

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

06 Februari 2010

Program Bicara Tokoh

Tarikh: 06 February 2010 (Sabtu)
Masa: 02.00 ptg
Tempat: Pusat Kecemerlangan Rakan Muda, Kompleks Belia Kampung Pandan

Program anjuran Biro Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu ini akan menampilkan Tan Sri Sanusi Junid. Seluruh warga Parlimen Batu dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.

05 Februari 2010

KERTAS SIASATAN DATUK NASIR TELAH DI BUKA, PENDERHAKA PADA SULTAN BILA NAK DAKWA !!!!

Saya amat tertarik dengan laporan yang dibuat kepada Datuk Nasir Safar berhubung kenyataanya berbau hasutan dan menyentuh isu perkauman. Sebanyak 12 laporan polis telah dibuat terhadapnya.

Kalau benarlah ia berbau hasutan, Persoalanya yang timbul di fikiran saya sekarang, BILAKAH ORANG YANG SEBELUM INI MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU AKAN DIDAKWA !!!!

Mohon kepada Menteri Dalam Negeri agar tidak terlepas pandang mengenai KEBIADAPAN pemimpin tertentu dalam menghina Raja-Raja Melayu sebelum ini. Jangan hanya hendak menjaga hati bagi segelintir kaum tetapi hati majoriti orang melayu ini terguris buat selamanya..

Bersama kita fikir dan renungkan.


FAIRUL ISKANDAR HJ FAIZIL DE SOUZA

04 Februari 2010

TUAN IBRAHIM TAK PERLU KECEWA, ITU SEBENAR PERANGAI SEGELINTIR AHLI PAS !!!

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kecewa dengan sikap ahli parti itu yang secara semberono menyerangnya berhubung hukuman yang diputuskan terhadap dua pemimpin parti tersebut baru-baru ini. Agak pelik kerana bukannya UMNO yang cuba mengambil kesempatan melemahkan pengaruh Pas tetapi ia dilakukan oleh ahli parti itu sendiri.

Pada pandangan saya, Ahli Pas begitu taksub dengan pemimpin mereka sampai pemimpin mereka buat salah pun dia kata betul. Sampai kata Allah mencarut pun dia orang kata betul.

Sebab itu mereka tidak dapat terima yang bila pemimpin mereka buat salah di kenakan
tindakan atau hukuman.Sebab itu yang diajar sendiri oleh pemimpin mereka.


Kepada Tuan Ibrahaim, Tuan seperti meludah dilangit dan terkena kepada diri tuan sekarang… …


Bersama kita fikir dan renungkan … …


FAIRUL ISKANDAR HJ FAIZIL DE SOUZA