31 Januari 2010

UMNO Juara Rakyat: Pemuda Prihatin

Tarikh: 31 Januari 2010 (Ahad)
Masa: 03.00 petang
Tempat: Sekitar Palimen Batu

Majlis penyampaian sumbangan berbentuk basikal kepada pelajar sekolah rendah ini akan disempurnakan oleh Datuk Haji Yahya Mat Ghani, Ketua UMNO Bahagian Batu dengan sokongan daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Batu. Seluruh warga Parlimen Batu dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini.

PELANCARAN PASAR TANI SISWAZAH

Tarikh: 31 Januari 2010 (Ahad)
Masa: 09.00 pagi
Tempat: Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Batu

Program anjuran BIRO EKONOMI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BATU. W.P. ini akan disempurnakan oleh Y.B. DATUK SERI NOH BIN OMAR, MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI. Seluruh warga Parlimen Batu dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini.

30 Januari 2010

UMNO Juara Rakyat: Bulan Pendidikan

Tarikh: 30 & 31 Januari 2009 (Sabtu & Ahad)
Masa: 09.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat: Pusat Khidmat Masyarakat, Taman Desa, Kuala Lumpur

Salam kepada sahabat-sahabat sekalian. UMNO Bahagian Seputeh dan Biro Pendidikan UMNO Bahagian Seputeh dengan segala hormatnya menjemput sahabat-sahabat sekalian ke Program UMNO Juara Rakyat: Bulan Pendidikan, Peringkat Parlimen Seputeh yang akan diresmikan oleh YB Senator Dato' Raja Nong Chik di Pusat Khidmat Masyarakat, Taman Desa (Peta disediakan dibawah atau browse di http://pemudaseputeh.blogspot.com/2010/01/salam-kepada-semua-warga-pemudaseputeh.html). Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Program ini. Salam.

29 Januari 2010

PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

Tarikh: 29 Januari 2009 (Jumaat)
Masa: 08.30 malam
Tempat: Dewan Masyarakat Taman Batu Permai

Satu lagi program anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Program ini akan turut dihadiri oleh Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Objektif lawatan beliau adalah untuk mengenali dengan lebih dekat Pemuda di Cawangan-cawangan di dalam UMNO Bahagian Batu.

Semoga lawatan beliau ini akan mengukuhkan lagi kekuatan dan keyakinan golongan Pemuda di kawasan Parlimen Batu. Seluruh warga Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu dijemput hadir bertemu Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

28 Januari 2010

LAGI KRISIS DALAMAN PKR !!!

Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang akhirnya terbongkar apabila Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi negeri berkuat kuasa semalam.

Azan, 44, juga melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Biro Keahlian PKR negeri.
Pengumuman peletakan kedua-dua jawatan itu dibuat secara mengejut di pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di Air Putih di sini.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli parti, Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Ketua PKR Bahagian Indera Mahkota.

Azan ketika mengumumkan perkara itu menegaskan, tindakan tersebut diambil kerana kecewa dengan pentadbiran parti negeri yang tidak mematuhi peraturan Pendaftar Pertubuhan.

Sebaliknya dakwa beliau, urus tadbir parti tersebut dijalankan seolah-olah seperti sebuah syarikat perniagaan.

''Saya telah memaklumkan hasrat ini pada mesyuarat perhubungan parti semalam yang dihadiri semua ketua bahagian kecuali Cameron Highlands," katanya kepada pemberita di sini.

Pada pilihan raya umum lalu, Azan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Salamon Ali Rizal Abd. Rahman dengan undi majoriti sebanyak 1,027 undi.

Mengulas lanjut peletakan jawatannya itu, Azan memberitahu, beliau telah beberapa kali menegur pentadbiran PKR negeri terutama berhubung pengurusan kewangan, kutipan derma dan isu 'cah keting' yang berlaku dalam parti itu.

Bagaimanapun, jelas beliau, teguran itu tidak diambil peduli oleh kepimpinan atasan negeri tersebut.

''Saya dilihat antara ahli parti yang banyak menegur kerajaan negeri dan Pusat terutama berkaitan laporan audit tetapi apabila dalam parti ada elemen-elemen sebegini, ini tidak betul dan saya membuat teguran," jelasnya.

Berikutan peletakan dua jawatannya itu, Azan menafikan akan keluar daripada PKR dan melepaskan jawatan Ahli Parlimen.

Dalam pada itu, beliau menolak andaian bahawa ada dalang yang mendesak dirinya supaya meletakkan jawatan.

Komen FIFDS,
Apa lagi tunggu, ikut lah jejak rakan yang lain…Tinggalkan PKR ( Parti Kelentong Rakyat )…. ….

27 Januari 2010

AMK SELANGOR DESAK ZULKIFLI DI PECAT!!!!!!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai melampaui batas kerana telah menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui, sebelum ini beliau banyak bertolak ansur dengan Zulkifli apabila membiarkannya menyatakan pendapatnya sendiri.

"Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur. Ia bertentangan dengan semangat demokrasi," kata Anwar

Sabtu lalu, Zulkifli membuat laporan polis mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terus mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam.

Zulkifli dalam laporannya itu turut melampirkan kenyataan Khalid dalam satu artikel bertajuk "Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman" yang disiarkan laman portal propembangkang Malaysiakini, kelmarin.

Zulkifli menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu sebagai berunsur hasutan dan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Dewan Undangan Negeri itu serta menghina umat Islam secara umumnya.

Ekoran daripada itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyatakan bahawa parti itu akan menentukan nasib Zulkifli sama ada akan dikenakan tindakan disiplin atau sebaliknya dalam mesyuarat khas parti itu, esok.

Pas pula melalui Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tindakan Zulkifli itu sebagai tidak elok dan tidak manis seolah-olah seperti sengaja mengangkat bola tanggung untuk direjam oleh pihak lawan.

Sementara itu di SHAH ALAM, Angkatan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Selangor mendesak jawatankuasa disiplin mengambil tindakan tegas termasuk memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang didakwa cuba merosakkan hubungan parti itu dengan Pas.

Ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, Zulkifli perlu dihadapkan kepada jawatankuasa berkenaan kerana tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad jelas melanggar prinsip perkongsian antara parti-parti pembangkang itu.

Komen FIFDS,
Kesian Zulkifli nak perjuangkan agama islam, tapi bosnya tak restu…Sebab PKR dan PAS kaki dan tanganya di ikat oleh DAP kalau mahukan jalinkan kerjasama !!!! Bersama kita fikir-fikirkan … …

26 Januari 2010

DAULAT TUANKU

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Mendoakan agar,

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin

Selamat Menjalani Rawatan Lanjut Pembedahan Lutut
Dan Semoga Cepat Sembuh.

25 Januari 2010

AL-FATIHAH

Kepada ,

Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail
Sultan Negeri Johor Darul Takzim


Dan

Ucapan Takziah

Kepada Seluruh Kerabat Di Raja Negeri Johor Darul Takzim


Daripada,

Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

22 Januari 2010

MB SELANGOR HILANG JAWATAN!!!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibubarkan setelah 13 ahli jawatankuasanya (AJK) meletak jawatan.

Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin.

Mereka bertindak demikian kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Perletakan jawatan beramai-ramai dibuat kerana AJK telah hilang kepercayaan dan kecewa dengan kepimpinan Abdul Khalid yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua.

AJK bahagian juga berasa terpinggir dan diabaikan kerana sejak 14 bulan lalu, tiada mesyuarat diadakan menyebabkan aktiviti dan gerak kerja tidak dapat dilakukan.

Malah PKR Bahagian Kuala Selangor tidak mempunyai pejabat pentadbiran sendiri sebaliknya menggunakan kemudahan Pejabat Kerja Menteri Besar di Pekan Ijok yang dibiayai oleh kerajaan negeri.

"Abdul Khalid juga mula mewujudkan jurang dan tidak percayakan AJK yang dilantik, bersikap diktator, angkuh, membawa gaya pentadbiran autokrasi dan langsung tidak mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan parti walaupun ada ahli keluar parti."

Macam mana nak pimpin kerajaan negeri, kalau di bahagian pun dah kena bubur jawatan..Kata hebat sangat dalam MEMBELA NASIB RAKYAT DAN MENJAGA EKONOMI NEGERI !!!! Bahagian pun tak dapat NAK JAGA !!!

Bersama kita fikir-fikirkan…. ….- FAIRUL ISKANDAR HJ FAIZIL DE SOUZA

21 Januari 2010

SAYA SOKONG SIAPA SAJA JADI KETUA PEMBANGKANG

Saya sokong "Abdul Hadi ke, Anwar ke atau Lim Kit Siang ke, kita sokong semua..." mengenai dakwaan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan jawatan ketua pembangkang yang kini disandangnya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata, menjadi pegangan Pas negeri untuk menyokong pemimpin yang dipilih menerajui pakatan pembangkang tidak kira daripada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP. "Kita sokong semua kepimpinan pakatan.” - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak


Bagus la sokong siapa saja jadi ketua pembangkang.. Pas dan keadilan memang jadi pak turut kepada DAP selama ni.. (Bersama kita fikir-fikirkan) - FAIRUL ISKANDAR HJ FAIZIL DE SOUZA