22 Januari 2010

MB SELANGOR HILANG JAWATAN!!!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibubarkan setelah 13 ahli jawatankuasanya (AJK) meletak jawatan.

Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin.

Mereka bertindak demikian kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Perletakan jawatan beramai-ramai dibuat kerana AJK telah hilang kepercayaan dan kecewa dengan kepimpinan Abdul Khalid yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua.

AJK bahagian juga berasa terpinggir dan diabaikan kerana sejak 14 bulan lalu, tiada mesyuarat diadakan menyebabkan aktiviti dan gerak kerja tidak dapat dilakukan.

Malah PKR Bahagian Kuala Selangor tidak mempunyai pejabat pentadbiran sendiri sebaliknya menggunakan kemudahan Pejabat Kerja Menteri Besar di Pekan Ijok yang dibiayai oleh kerajaan negeri.

"Abdul Khalid juga mula mewujudkan jurang dan tidak percayakan AJK yang dilantik, bersikap diktator, angkuh, membawa gaya pentadbiran autokrasi dan langsung tidak mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan parti walaupun ada ahli keluar parti."

Macam mana nak pimpin kerajaan negeri, kalau di bahagian pun dah kena bubur jawatan..Kata hebat sangat dalam MEMBELA NASIB RAKYAT DAN MENJAGA EKONOMI NEGERI !!!! Bahagian pun tak dapat NAK JAGA !!!

Bersama kita fikir-fikirkan…. ….- FAIRUL ISKANDAR HJ FAIZIL DE SOUZA

2 ulasan:

  1. Salam Perjuangan,

    Crew Editor Blog UMNO Cawangan Gombak Selatan mengucapkan TAHNIAH kepada Jawatankuasa Pemuda UMNO Bhg. Batu yang berjaya menjayakan program PROGRAM RAMAH MESRA DAN MAJLIS MAKAN MALAM (BBQ) Y.B. KHAIRY JAMALUDDIN (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

    Jutaan Terima Kasih krn mberi peluang kpd kami utk mbuat liputan untuk program ini.

    Kami juga telah linkkan blog anda di dalam blog kami.

    Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan yang juga merupakan Bekas Ketua Pemuda UMNO Bhg. Batu, En. Abd. Razak Muhamad manyampaikan Salam Kasih khas buat Pemuda IKS.

    Sekian Salam 1Malaysia.

    CREW EDITOR BLOG,
    UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN,
    BAHAGIAN WANGSA MAJU.

    ps : Sebarang makluman utk dikongsi bersama blhlah menghubungi kami :-

    SHAMSURY MOHD SALLEH (AWI) 012 3728681
    RADHI ABD. RAZAK (AMAT) 013 3264099

    BalasPadam
  2. Salam 1Malaysia,

    Crew Unit Media Wangsa Maju ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan TAHNIAH kepada Jawatankuasa Pemuda UMNO Bhg. Batu yang berjaya menjayakan program PROGRAM RAMAH MESRA DAN MAJLIS MAKAN MALAM (BBQ) Y.B. KHAIRY JAMALUDDIN, KP UMNO MALAYSIA.

    Jutaan Terima Kasih juga krn mberi peluang kpd kami utk mbuat liputan untuk program ini.

    Sekian...

    CREW UNIT MEDIA WANGSA MAJU

    ps : Blog anda kini dalam senarai blog kami

    BalasPadam