20 Januari 2010

TERIMA KASIH TPM - ISU SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERAK BANDAR BARU SENTUL

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinya pada 16 Januari 2010 Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajar telah mengumumkan peruntukan RM 20 juta bagi pembinaan semula Sekolah Kebangsaan Seri Perak ini.

Selaku Pengerusi Badan Bertindak mengenai isu ini, saya secara peribadi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kempimpinan bahagian iaitu Y.Bhg. Datuk Yahya Mat Ghani di atas satu mesyuarat khas yang diadakan pada 6 Januari 2010, beliau telah meminta agar diberi kepercayaan kepada UMNO Bahagian Batu bagi membawa perkara ini kepada TPM dan akhirnya kejayaan isu ini tercapai.

Kepada Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sdr Azniee Abdullah dan Seluruh Jawatan Kuasa, pihak sekolah iaitu Guru Besar, Wakil PIBG, Persatuan Penduduk dan Wakil NGO setempat, sekalaung penghargaan diatas kerjasama dalam penyelesaian isu ini bersama.

Apa yang penting selepas pembinaan sekolah ini Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu meneliti dan melihat agar Parkir bertingkat dapat dibuat secepat mungkin bagi menyelesaikan sebahagian masalah yang akan tiba semasa pembinaan sekolah ini.

Saya mendoakan agar Allah SWT dapat membalas segala pengorbanan bagi insan yang terlibat dalan penyelesaian isu ini.

Sekian terima kasih.


FAIRUL ISKANDAR HJ FAIZIL DE SOUZA
Pengerusi
Badan Bertindak Isu Sekolah
Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Seri Perak
Bandar Baru Sentul 51000 Kuala Lumpur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan