28 Januari 2010

LAGI KRISIS DALAMAN PKR !!!

Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang akhirnya terbongkar apabila Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi negeri berkuat kuasa semalam.

Azan, 44, juga melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Biro Keahlian PKR negeri.
Pengumuman peletakan kedua-dua jawatan itu dibuat secara mengejut di pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di Air Putih di sini.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli parti, Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Ketua PKR Bahagian Indera Mahkota.

Azan ketika mengumumkan perkara itu menegaskan, tindakan tersebut diambil kerana kecewa dengan pentadbiran parti negeri yang tidak mematuhi peraturan Pendaftar Pertubuhan.

Sebaliknya dakwa beliau, urus tadbir parti tersebut dijalankan seolah-olah seperti sebuah syarikat perniagaan.

''Saya telah memaklumkan hasrat ini pada mesyuarat perhubungan parti semalam yang dihadiri semua ketua bahagian kecuali Cameron Highlands," katanya kepada pemberita di sini.

Pada pilihan raya umum lalu, Azan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Salamon Ali Rizal Abd. Rahman dengan undi majoriti sebanyak 1,027 undi.

Mengulas lanjut peletakan jawatannya itu, Azan memberitahu, beliau telah beberapa kali menegur pentadbiran PKR negeri terutama berhubung pengurusan kewangan, kutipan derma dan isu 'cah keting' yang berlaku dalam parti itu.

Bagaimanapun, jelas beliau, teguran itu tidak diambil peduli oleh kepimpinan atasan negeri tersebut.

''Saya dilihat antara ahli parti yang banyak menegur kerajaan negeri dan Pusat terutama berkaitan laporan audit tetapi apabila dalam parti ada elemen-elemen sebegini, ini tidak betul dan saya membuat teguran," jelasnya.

Berikutan peletakan dua jawatannya itu, Azan menafikan akan keluar daripada PKR dan melepaskan jawatan Ahli Parlimen.

Dalam pada itu, beliau menolak andaian bahawa ada dalang yang mendesak dirinya supaya meletakkan jawatan.

Komen FIFDS,
Apa lagi tunggu, ikut lah jejak rakan yang lain…Tinggalkan PKR ( Parti Kelentong Rakyat )…. ….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan