18 Disember 2010

Program Kembali ke Sekolah

Salam sahabat, sdr dijemput ke Prog Kembali ke Sekolah & Penyampaian Sumbangan Sempena Perayaan Deepavali UBB pd 19/12/10 (Ahad) jam 8.30 mlm di Dataran PPR Batu Muda.Majlis perasmian oleh YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Mohon JK Pemuda Bhg berpakaian Kemeja Pemuda.

10 Disember 2010

Program Gotong Royong Perdana

Salam sahabat JK Pemuda Bhg, Jadual utk mggu ini..

11/12
1) Gotong-royong Perdana bsama Menteri di JPM YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom di Perkuburan KL-Karak jam 7.30am
2) Kenduri Kawin Faizal (PSU Pemuda IKS) di Dwn IKS

12/12
1) Kenduri Kawin Mimi Faizah di Kg Chubadak Asal
2) Prog Berkhatan di PPR Intan Baiduri jam 9 pagi

Mohon JK yang berkesempatan hadir prog yg tersebut. Saya mohon maaf berada di Penang dan balik ahad mlm.

24 November 2010

Program Khatan Perdana 2010 Pemuda UMNO WP

Salam sahabat, adalah dimaklum Program Khatan Perdana Pergerakan Pemuda UMNO M'sia bersama Pemuda UMNO WP akan diadakan pd Ahad, 19 Dis 2010 di Masjid Firdaus Bhg. Segambut. Setiap bhg diperuntukan seramai 20 org kanak2 bg tujuan ini pd kadar RM20/seorg (baki akan ditanggung oleh Pemuda UMNO). Mohon jika ada anak2 di dlm pemuda caw yg berminat hubungi saya. Sekian Tq.

16 November 2010

Program Korban Perdana Aidiladha PPUWP

Tarikh: 20 November 2010
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Perumahan Awam DBKL Sri Perlis 2 (Flat Keramat Jaya), Jalan Dato Keramat (berhampiran stesen minyak ESSO & stesen LRT Damai).

Program anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menjemput seluruh warga Pemuda UMNO Batu bersama-sama penduduk setempat bagi menjayakan program ini. Setiap bahagian diperuntukkan seekor lembu. Berharap dapat bawa sekali peralatan 'melapah' untuk melancarkan program ini.

13 November 2010

Bongkar Pembohongan PKR

Salam sahabat, sdr di jemput ke Prog Ceramah 'Bongkar Pembohongan PKR' di PPR Beringin pd 8.30 mlm 14hb Nov (ahad). Penceramah 1. Sdr Ruslan Kassim 2. Sdr Lokman Adam. Semua dijemput hadir. Mohon panjangkan sms. Sekian terima kasih.

11 November 2010

Taklimat

Salam Semua Ketua-ketua Pemuda Caw. dijemput ke majlis taklimat "skim prihatin (khairat kematian) 1 W.Persekutuan" dan taklimat program2 yang akan diadakan pada 12/11/'10 (jumaat) jam 8.45 mlm di dewan UMNO Caw. Tmn IKS. Sekian terima kasih.

07 November 2010

Program Boling & Sumbangan Hari Raya Aidiladha

Tarikh: 07 November 2010
Masa: 08.00 malam
Tempat: Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh KL

Program anjuran Jiran Muda Taman Seri Murni.


Tarikh: 07 November 2010
Masa: 09.30 malam
Tempat: Pangsapuri Sri Perak, Sentul KL

Mohon kerjasama barisan Pemuda Batu untuk turut hadir. Jangan lambat, terima kasih.

Rumah Terbuka Deepavali

Tarikh: 07 November 2010
Masa: 12.30 tghari
Tempat: PPR Intan Baiduri

Majlis anjuran PPP akan turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mohon kerjasama barisan Pemuda Batu untuk turut hadir memeriahkan lagi majlis. Terima kasih.

28 Oktober 2010

Majlis Perasmian Kompleks Perniagaan & Komuniti

Salam sahabat. , sdr dijemput ke Perasmian Kompleks Perniagaan & Komuniti Bdr Baru Sentul & Majlis Sumbangan Deepavali utk Golongan Miskin & Miskin Tegar di Pusat Perniagaan & Komuniti Bdr Baru Sentul, anjuran DBKL pd hari ini jam 11.30 pagi. Ketibaan YB Menteri pada jam 12.00tghari. Tkasih.

20 Oktober 2010

Program Futsal 1Malaysia

Salam sahabat. Makluman Awal. Mohon semua ajk Pemuda Bhg hadir ke Perasmian Prog Futsal 1 M'sia yg akan disempurnakan oleh Dato' Razali Ibrahim Timb Men. Belia dan Sukan merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO M'sia di Gelanggang Futsal di Pasar Baru (hadapan Masjid Amru Al-As) Bandar Baru Sentul jam 9 pagi 24 Okt 2010. Kehadiran adalah wajib dgn pakaian pemuda @ Kemeja putih.

10 Jun 2010

MEJA PENOLONG SETIAUSAHA PEMUDA UMNO BAHAGIAN BATU - (10 JUN 2010)

WAKIL DUA (G2) PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BATU KE PERHIMPUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
Sukacita diumumkan bahawa ahli pemuda yang ingin menawarkan diri sebagai wakil dua (G2) Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu ke Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, bolehlah mendapatkan borang menawar diri selepas Taklimat Persidangan, Penyerahan Notis Panggilan Persidangan Pemuda UMNO Bahagian serta Penyerahan Tauliah ahli persidangan yang akan diadakan pada 18 Jun 2010 (Jumaat), jam 9.00 malam di Pejabat UMNO Bahagian Batu. Tarikh tutup penghantaran borang tawar diri adalah pada 28 Jun 2010 (Isnin) sebelum jam 12 Tengahari di Pejabat UMNO Bahagian Batu.
Syarat kelayakan untuk menawarkan diri ialah :
  1. Perlu mendaftarkan diri pada tempoh yang telah ditentukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu sahaja.
  2. Menjadi ahli UMNO sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
  3. Borang penawaran diri perlu disokong oleh mana-mana ahli UMNO (Pemuda) di dalam Bahagian Batu bagi membenarkan ahli untuk bertanding.
Sekali lagi ingin di nyatakan bahawa segala urusan bagi pemilihan wakil dua (G2), akan dilaksanakan di Pejabat UMNO Bahagian Batu seperti mana tarikh dan masa yang dinyatakan.

Tarikh Mula : 18 Jun 2010 (Jam 9.00 malam)
Tarikh Tutup : 28 Jun 2010 (Jam 12 tgh hari)

Sekian untuk makluman. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

04 Jun 2010

Persidangan UMNO Cawangan Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching

Tarikh: 04 Jun 2010
Masa: 08.30 malam
Tempat: Dewan Orang Ramai, Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching

Saudara Azniee Abdullah, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu, merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching menjemput seluruh warga Pemuda untuk hadir bersama-sama memberi sokongan kepada Persidangan UMNO Cawangan Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching.

Demonstrasi Membantah Keganasan israel

Tarikh: 04 Jun 2010
Masa: 2.00 pm
Tempat: Masjid Negara

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan membuat satu demonstrasi membantah keganasan israel. Harap dapat dipanjangkan mesej ini kepada yang lain. Mari kita beramai-ramai turun menyatakan solidariti kita kepada rakyat PALESTIN. Allahuakbar!

01 Jun 2010

Penyerahan Memorandum Kepada PBB

Tarikh: 01 Jun 2010
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Jalan Dungun, Bukit Damansara

Penyerahan memorandum oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu membantah sekeras-kerasnya terhadap keganasan israel menyerang konvoi bantuan Flotilla ke Gaza. Mohon kerjasama warga Pemuda Batu untuk turun hadir beramai-ramai jika berkesempatan.

22 Mei 2010

Program Juara Rakyat UMNO Bahagian Batu

Tarikh: 22 Mei 2010
Masa: 08.00 pagi
Tempat: Pejabat UMNO Bahagian Batu

Warga Pemuda Batu diingatkan agar dapat hadir memberi sokongan kepada program ini dengan berpakaian Pemuda.

16 Mei 2010

Program Bersama RELA

Tarikh: 16 Mei 2010
Masa: 09.00 pagi
Tempat: Taman Rowther

Program anjuran bersama RELA dan Persatuan Penduduk Taman Rowther dengan kerjasama Pemuda UMNO Batu. Mohon bawa ahli seramai mungkin untuk berdaftar menyertai RELA.

14 Mei 2010

Salam Takziah buat Puan Radiah Rajab

Dukacita dimaklumkan bahawa suami Puan Radiah Rajab, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu telah meninggal dunia. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Surau Taman Dato Senu. Al-Fatihah.

08 Mei 2010

Mesyuarat Pemuda UMNO Cawangan Selayang Lama

Tarikh: 08 Mei 2010
Masa: 08.00 malam
Tempat: Pejabat UMNO Cawangan Selayang Lama

Petugas mesyuarat dipohon untuk hadir awal. Selepas Mesyuarat, kita akan ke Program Santai BBQ bersama Pemuda Kampung Padang Balang dan Taman Koperasi Polis Fasa 1 bertempat di Pejabat UMNO Cawangan Taman Koperasi Polis Fasa 1.

26 Mac 2010

Majlis Malam Anugerah Blog4FT

Tarikh: 28 Mac 2010 (Ahad)
Masa 08.00 malam
Tempat: Sime Darby Convention Centre

Majlis anjuran Kementerian WPDKB menjemput semua untuk hadir. Sila sahkan kehadiran anda pada Saudara Razali Mohaiyin - 012 335 2511

25 Mac 2010

Perkasa: Penyerahan Notis

Tarikh: 25 Mac 2010 (Khamis)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Kedutaan Sweden, Tingkat 8, Plaza OSK, Jalan Ampang, KL

Perkasa serta umat Islam akan menyerahkan nota bantahan dan kecaman ke atas pelukis kartun Lars Vilks serta media Swedish yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. Tindakan yang cukup biadap! Allahuakbar!

21 Mac 2010

Program Mesra Bersama Rakyat

Tarikh: 21 Mac 2010 (Ahad)
Masa: 09.00 pagi
Tempat: PPR Taman Wahyu

Program anjuran UMNO Bahagian Batu menampilkan Datin Sri Rosmah Mansor, isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak. Seluruh warga Parlimen Batu dijemput hadir. Kepada para Pemuda, sila berpakaian Pemuda.

15 Mac 2010

Majlis Lawatan Kerja SRS KRT BBS F3, Sentul JPNIN

Tarikh: 17 Mac 2010 (Rabu)
Masa: 09.00 malam
Tempat: Pusat Masyarakat, Bandar Baru Sentul Fasa 3

Turut menghadiri majlis ini adalah Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Dato' Seri Hishammuddin, Dato' Raja Nong Chik dan Dato' Seri Shahrizat. Mohon kehadiran barisan AJK dan ahli Pemuda UMNO di dalam Bahagian Batu untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi majlis ini.

14 Mac 2010

Program BBQ Pemuda Taman Wilayah Selayang

Tarikh: 14 Mac 2010 (Ahad)
Masa: 9.00-11.00 malam
Tempat: Dewan Persatuan Penduduk Fasa 3

Seluruh warga Pemuda di dalam Parlimen Batu dijemput hadir untuk sesi ramah mesra dan seterusnya memeriahkan lagi majlis.

10 Mac 2010

Kursus Pengucapan Awam

Tarikh: 13 Mac 2010 (Sabtu)
Masa: 08.00 pagi
Tempat: Tingkat 2, UniKL

Kursus anjuran Biro Pendidikan & Latihan Pemuda UMNO Bahagian Batu dan dikelolakan oleh Saudara Lokman Adam. Setiap cawangan dipohon untuk menghantar dua orang wakil. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Fairul Iskandar di talian 0122100805.

09 Mac 2010

Program "Food For Life"

Tarikh: 09 Mac 2010 (Selasa)
Masa: 06.30 petang
Tempat: Masjid India, Kuala Lumpur

Anjuran Biro Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), Aduan Komuniti dan sahabat NGO Pemuda UMNO Malaysia.

06 Mac 2010

Program Pemimpin Bersama Rakyat

Tarikh: 07 Mac 2010 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Tanah Lapang Lot 571, Kampung Padang Balang Ulu

Program ini akan dirasmikan oleh YM Raja Nong Chik. Semua pemuda dijemput hadir. AJK Pemuda Batu mohon hadir berpakaian pemuda.

05 Mac 2010

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas on Usage of word "ALLAH"

On December 13, 2009, during the Worldview of Islam Seminar organized by the Assembly of Muslim Intellectuals or Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM), there was a question being posted to Professor Al-Attas regarding the polemical usage of the word "Allah" by the non-Muslims.

Below is the transcript of his brief-but-yet- concise enlightening remarks. As a word of caution, though, one must not only rely on this brief transcript alone to understand the whole spectrum of Prof. Al-Attas' view about this theological matter. Further thorough elucidation of his thought can be found in numerous works of this great Muslim scholar of this age, such as Prolegomena to the Metaphysics of Islam, Islam and Secularism, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu and A Commentary on Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri.

Prof. Wan Mohd Nor and Prof. Al-Attas during the special lecture in the seminar last year.

Question: The using of kalimah "Allah" by other people in this country
Answers by Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas:

Well I have been talking about this long time ago. I remember about this in ISTAC, when we first established ourselves (late 80's and early 90's), I think the Arcbishop of Penang was asking this question. And I have answered that.

And then we had a meeting with the Archbishop of Kuala Lumpur and about all the representatives of Christianity, including the ministers, we had a meeting at ISTAC.

And I said, "Why you want to use the word 'Allah' for yourself?"

They said "we going to pray in Bahasa Malaysia "

That's the way they put it. So my answers to them, "Why you have to change praying into Bahasa Malaysia . You have been praying in English all the time. Why suddenly change into Bahasa Malaysia ?"

Ok, so they said they want to change so that it more patriotic. Then in that case I'm saying that "why don't you use Tuhan while praying in Bahasa Malaysia ? Because you are talking about God isn't it?...God is not just a name..."Allah" is a name of this Being whom you called God... and in fact a Being whom even higher than what you called to be God"

And then I said, " ...and "Allah" is not from Bahasa Malaysia . It is not a national language. It belongs to the language of Muslim all over the world. Therefore your argument using this for the word "Allah" does not fit into your idea of God. Because "Allah" does not have a son, It is not one of three (Trinity), that is why out of respect to Allah we can't allow you to use this."

But when we Muslim, when we write in English we say God, or when we talk to people we say God but we mean "Allah"...but they cannot say when they speak about God it means "Allah" as they don't mean it.

So in this particular respect, we have to be clear about this, not was-was (hesitate).. . .whomever responsible in our governing, they have to be clear about this and to explain to others.

We agree you want to use God, then use Tuhan as we also use that...but we understand in the Malay language that Tuhan is not a translation of Allah..that is why we say "tiada Tuhan melainkan Allah" not "tiada Tuhan melainkan Tuhan". We don't say "there is not God but God"..at least the ulama' among the Muslim Malays, we understand what is the meaning of that (word "Allah").

So "Allah" cannot be translated as no language has translated Allah. The Arabs themselves they only use that after Islam..although the word existed (before)..the Christians Arab they also did not use Allah (in theological, epistemological and ontological sense in the same manner as the Muslim)..if they say that it is just a language..they talking about language..because they say "Allah" like the Muslim when they (melatah)...

So it appears they want to do that in order to confuse the Muslim into thinking that all the same..that is why I say one of the problems about religion is the nature of God..about who Allah is..that is why in Arkanul Iman (The Pillars of Faith), the first thing is "amana billah".

"Who is this Allah?" and that need to be explain at higher institution in a proper way...

So we have answer the question. It is not proper to allow them using this, since they asking us and there is no point bringing this to court since this is not a matter of court to decide it whether they have the freedom to use it or not. It is up to the Muslims.

But then if they used it and said "in Indonesia they have use it, why can't we?"...but it is because of the Muslims..if Muslims don't care they will go on and use it..and in Indonesia they are using not only that, other things they even call it "choir" as "selawat". Choir is not a "selawat", as "selawat" is for Prophet..it's not singing hymn..

And they also talk about..in Indonesia they are also confuse..Muslims. .that is why this thing happen. Sometimes the language when you come across English words like "Prophet of Doom" in Indonesia they said "Nabi celaka". How can there be "Nabi celaka"? What is meant by the "Prophet of Doom" is...even the word Prophet in English does not mean "Nabi" only...it means "yang meramalkan malapetaka"..that what it means...so the "Prophet of Doom" means "yang meramalkan malapetaka", not "Nabi celaka".

They (the Muslims in Indonesia ) seem not to bother about this. What we can say is that ultimately well they say "God is not Allah"...well if you want to use the word God, we are saying we also use the word God, we refer to Allah as we know and we are not saying that your God ultimately will not refer to Allah. You can't run away from Allah. You can only escape Him and so in the Qur'an (surah An-Naas) says: "Qul aAAoothu birabbi annas, Maliki annas, Ilahi annas". He (Allah) is saying " I am the real Ilah (God) of naas (mankind)", although mankind (non-Muslim) does not interpret it that way.

My comments:
If that is the case, that shows how persistent were the Christians in finding the loopholes be it in legal or cultural dimension to further their cause that might create confusion to the Muslim's polity if not being mitigated by the governing authority of this land.

As I iterated before, by having confused so-called Muslim authorities which normally appear in the silhouette of Salafism/Wahabbism as well the Modernist/Reformist (actually they are just the two sides of the same coin), the "public sphere" itself has been flooded with confused views which do no good to the Muslim's cause in defending their creed from blasphemy.

It is best to leave this matter to the Muslim scholars who have been trained as Theologians (mutakallimun), that possessed in depth understanding on Islamic Theology, Islamic and Western Philosophy as well knowledge about the Western Civilization (which Christianity is one of the mosaic part of the whole picture) to deal with this issue succinctly.

Most of them that I have known are the young protege of Muslim scholars who being trained by Prof. Al-Attas himself during his days in the "original" ISTAC like Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud (ATMA-UKM), Assoc. Prof. Dr. Zainiy Uthman (IIUM),Prof. Alparslan Acikgenc (Fatih University), Dr. Mustafa Ceric (Grand Mufti of Bosnia-Hezergovina) , Dr. Zaidi Ismail (IKIM), Dr. Sani Badron (IKIM), Dr. Wan Azhar (IKIM), Dr. Farid Shahran (former VP of ABIM, IIUM) Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah (UM), Dr. Azizan Sabjan (USM), Dr. Adi Setia (IIUM ) Ustaz Asham Ahmad (IKIM), Ustaz Nik Roskiman (IKIM) while Prof. Al-Attas' students from Indonesia who have fought closely in this issue the likes of Dr. Syamsuddin Arif, Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi, Dr. Adian Husaini, Dr. Khalif Muammar, Ustaz Adnin Armas, Dr. Ugi Suharto and many others. Do google their name for further references.

04 Mac 2010

Program Ramah Mesra Pemuda Cawangan

Tarikh: 05 Mac 2010 (Jumaat)
Masa: 08.30 malam
Tempat: PPR Taman Wahyu

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu akan berada di lokasi yang disebut di atas bagi meramaikan lagi program yang dianjurkan. Selaras dengan itu, program ini turut melibatkan proses penubuhan Gerakan Belia 4B Cawangan PPR Taman Wahyu. Semua pemuda di kawasan Parlimen Batu dijemput hadir.

28 Februari 2010

Pertandingan Bola Sepak Pemuda WP

Tarikh: 28 Februari 2010
Masa: 07.45 pagi
Tempat: PULAPOL

Menampilkan pasukan-pasukan pemuda yang mewakili setiap Bahagian/Parlimen di dalam Wilayah Persekutuan.

27 Februari 2010

Majlis Malam Mesra

Tarikh: 27 Feb 2010 (Sabtu)
Masa: 09.00 malam
Tempat: Perkarangan Blok 85, Bandar Baru Sentul

Program anjuran Pemuda Cawangan Sentul Bahagia menjemput seluruh warga Pemuda Batu!

Maulidur Rasul

Tarikh: 27 Februari 2010
Masa: 07.30 pagi
Tempat: Dataran Sri Perak

Program pemberian sumbangan kepada Persatuan Ibu Tunggal BBS. Semua warga Pemuda di PArlimen Batu dijemput hadir.

26 Februari 2010

Program Sambutan Maulidur Rasul & Penyerahan Barangan Sumbangan

Tarikh: 27 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Dataran Sri Perak

Program ini adalah anjuran Pusat Khidmat Parti Gerakan dan memohon kehadiran warga UMNO Bahagian Batu. Sokongan saudara/saudari sekelian amatlah dihargai.

25 Februari 2010

Program UMNO Juara Rakyat: Bulan Kebajikan

Tarikh: 26 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 08.00 malam
Tempat: Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Batu

Program ini adalah anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Batu. Semua AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu dan Ketua-ketua Pemuda Cawangan dijemput hadir. Kerjasama dan sokongan anda semua amatlah dihargai.

24 Februari 2010

Perlawanan Persahabatan Bolasepak Bersama Pemuda Segambut

Tarikh : 24 Februari 2010 (Rabu)
Masa: 09.00 malam
Tempat: Taman Metropolitan Kepong

Satu perlawanan persahabatan bolasepak akan diadakan bersama Pemuda Segambut anjuran Pengerusi Biro Sukan & Rekreasi Pemuda Batu, Saudara Fakhrulzaman Fadzil. Semua Ahli Jawatan Kuasa dipohon agar dapat hadir untuk memberi sokongan.

21 Februari 2010

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti Gerakan

Tarikh: 21 Februari 2010 (Ahad)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Dewan HGH, SJKC Sentul

Jemputan daripada Saudara Lim Si Pin kepada seluruh warga Pemuda di kawasan Parlimen Batu. Kepada yang ingin turut serta, diminta berkumpul di Restoran Mahkota, Sentul Raya.

Untuk melihat album gambar, sila klik di sini.

17 Februari 2010

Bantahan Terhadap Kerajaan Australia

Tarikh: 17 Februari 2010 (Rabu)
Masa: 09.00 pagi
Tempat: Di hadapan Kedutaan Australia

Mohon kerjasama para pemuda di peringkat cawangan untuk bersama-sama menyertai bantahan terhadap Kerajaan Australia yang mencampuri prosiding mahkamah terhadap kes liwat DSAI. Para pemuda diminta agar dapat berkumpul di Restoran Kampung Pandan, Jalan Yap Kwan Seng. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin akan bersama-sama kita dalam bantahan ini dan akan menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Australia.

Untuk melihat gambar, sila klik di sini.

16 Februari 2010

Seminar Percuma - "National Investment Dialogue and Seminar”

Tarikh: 23 February 2010 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: 14th Floor, Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

SEMINAR INI ADALAH PERCUMA.

Dan harap dapat hubungi terus En. Amirul Tel : 03-22673413 ext 411

Keynote Address by YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Minister of International Trade and Industry Dialogue Session with YB Minister.

Tajuk dari MIDA(Liberalisation of Services Sectors by MITI,Incentives & Business Opportunities in Services Sectors by MIDA,Aerospace – Maintenance, Repair & Overhaul (MRO) Business Opportunities & Challenges in Malaysia by Malaysian Industry-Government Group for High-Technology (MiGHT),Success Story by PKT Logistic (tentative),Q & A Session)

Tajuk dari SME Corp(Developing Competitive SMEs through Capacity Building Programmes by SME Corp Malaysia,Technology Funding & Incubation Programme by Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)Computer Security is now a Social Issue by Cyber Security ,Endless Possibilities of ICT by MDeC,Energy Efficiency and Conservation by Pusat Tenaga Malaysia,Q & A Session)

14 Februari 2010

Penghinaan Terhadap Rasullullah SAW


Click on image to enlarge.

13 Februari 2010

PENYOKONG ANWAR LARI !!!

Boleh dikatakan bergema lobi mahkamah di hari pertama kes anwar dijalankan sehingga ada insiden yang tidak diingini berlaku. Dan terdengar lah laungan ”REFORMASI” dan poster serta kain rentang dimana tertera sokongan kepada Anwar.

Tetapi selepas kesnya berjalan hari demi hari, kelihatan penyokongnya juga berkurangan. Malah Ayam Sabung PKR iaitu Tian Chua juga tidak kelihatan di hari kelima.

Hairan! Mana pergi penyokong-penyokong Anwar pergi!!! Adakah mereka dah sedar atau meluat untuk menyokong pemimpin kesayangan mereka ini lagi!!!

Bersama kita fikir dan renungkannya... ...

12 Februari 2010

DAP DITOLAK OLEH PAKATAN RAKYAT


Saya amat teruja dengan kenyataan Y.B Zulkifli Noordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Di mana sewaktu Program Soal Jawab di TV3 beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak memerlukan DAP lagi..

Ini kerana beliau telah nampak tindak tanduk DAP yang semakin bertindak menindas orang-orang melayu khususnya dan tidak menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Bagi saya, Sudah tiba masanya Y.B Zulkifli meninggalkan PKR kerana Bosnya sendir iaitu Anwar pun masih menyokong DAP dalam apa jua yang parti itu buat!

Kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat sedarlah, fikirlah, apa yang telah DAP lakukan pada kita khususnya orang-orang melayu.

Yang nyata Anwar dan Pas bukan pejuang agama islam dan orang melayu yang sebenar. Bersama kita fikir dan renungkanya...


FAIRUL ISKANDAR HJ FAIZIL DE SOUZA

Kursus Pengucapan Awam Anjuran Biro Pendidikan & Latihan Pemuda UMNO Batu

Tarikh: 13 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Bistari, UniKL

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Fairul Iskandar di Pejabat UMNO Bahagian Batu, Taman Bullion Mewah, KL.

11 Februari 2010

Islam in Malaysia: Legal Implications for Converts


Click on image to enlarge.

"Petaling Street Walkabout" Bersama Perdana Menteri

Tarikh: 11 February 2010 (Khamis)
Masa: 5.00 petang
Tempat: Pintu Gerbang Jalan Petaling, Off Jalan Cheng Lock, KL


Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak, dengan semangat 1Malaysia, akan mengadakan lawatan ke Jalan Petaling untuk bertemu dengan rakyat dan meninjau kawasan sekitarnya. Ini adalah di antara usaha kerajaan Barisan Nasional untuk menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat. Syabas diucapkan kepada PM di atas usaha dan kesudian beliau untuk turun padang di Wilayah Persekutuan. Seluruh warga Palimen Batu dijemput hadir bersama-sama beliau dalam lawatan ini.

10 Februari 2010

KISAH BENAR. ADIL KE TIDAK?

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

06 Februari 2010

Program Bicara Tokoh

Tarikh: 06 February 2010 (Sabtu)
Masa: 02.00 ptg
Tempat: Pusat Kecemerlangan Rakan Muda, Kompleks Belia Kampung Pandan

Program anjuran Biro Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu ini akan menampilkan Tan Sri Sanusi Junid. Seluruh warga Parlimen Batu dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.

05 Februari 2010

KERTAS SIASATAN DATUK NASIR TELAH DI BUKA, PENDERHAKA PADA SULTAN BILA NAK DAKWA !!!!

Saya amat tertarik dengan laporan yang dibuat kepada Datuk Nasir Safar berhubung kenyataanya berbau hasutan dan menyentuh isu perkauman. Sebanyak 12 laporan polis telah dibuat terhadapnya.

Kalau benarlah ia berbau hasutan, Persoalanya yang timbul di fikiran saya sekarang, BILAKAH ORANG YANG SEBELUM INI MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU AKAN DIDAKWA !!!!

Mohon kepada Menteri Dalam Negeri agar tidak terlepas pandang mengenai KEBIADAPAN pemimpin tertentu dalam menghina Raja-Raja Melayu sebelum ini. Jangan hanya hendak menjaga hati bagi segelintir kaum tetapi hati majoriti orang melayu ini terguris buat selamanya..

Bersama kita fikir dan renungkan.


FAIRUL ISKANDAR HJ FAIZIL DE SOUZA

04 Februari 2010

TUAN IBRAHIM TAK PERLU KECEWA, ITU SEBENAR PERANGAI SEGELINTIR AHLI PAS !!!

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kecewa dengan sikap ahli parti itu yang secara semberono menyerangnya berhubung hukuman yang diputuskan terhadap dua pemimpin parti tersebut baru-baru ini. Agak pelik kerana bukannya UMNO yang cuba mengambil kesempatan melemahkan pengaruh Pas tetapi ia dilakukan oleh ahli parti itu sendiri.

Pada pandangan saya, Ahli Pas begitu taksub dengan pemimpin mereka sampai pemimpin mereka buat salah pun dia kata betul. Sampai kata Allah mencarut pun dia orang kata betul.

Sebab itu mereka tidak dapat terima yang bila pemimpin mereka buat salah di kenakan
tindakan atau hukuman.Sebab itu yang diajar sendiri oleh pemimpin mereka.


Kepada Tuan Ibrahaim, Tuan seperti meludah dilangit dan terkena kepada diri tuan sekarang… …


Bersama kita fikir dan renungkan … …


FAIRUL ISKANDAR HJ FAIZIL DE SOUZA

31 Januari 2010

UMNO Juara Rakyat: Pemuda Prihatin

Tarikh: 31 Januari 2010 (Ahad)
Masa: 03.00 petang
Tempat: Sekitar Palimen Batu

Majlis penyampaian sumbangan berbentuk basikal kepada pelajar sekolah rendah ini akan disempurnakan oleh Datuk Haji Yahya Mat Ghani, Ketua UMNO Bahagian Batu dengan sokongan daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Batu. Seluruh warga Parlimen Batu dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini.

PELANCARAN PASAR TANI SISWAZAH

Tarikh: 31 Januari 2010 (Ahad)
Masa: 09.00 pagi
Tempat: Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Batu

Program anjuran BIRO EKONOMI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BATU. W.P. ini akan disempurnakan oleh Y.B. DATUK SERI NOH BIN OMAR, MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI. Seluruh warga Parlimen Batu dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini.

30 Januari 2010

UMNO Juara Rakyat: Bulan Pendidikan

Tarikh: 30 & 31 Januari 2009 (Sabtu & Ahad)
Masa: 09.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat: Pusat Khidmat Masyarakat, Taman Desa, Kuala Lumpur

Salam kepada sahabat-sahabat sekalian. UMNO Bahagian Seputeh dan Biro Pendidikan UMNO Bahagian Seputeh dengan segala hormatnya menjemput sahabat-sahabat sekalian ke Program UMNO Juara Rakyat: Bulan Pendidikan, Peringkat Parlimen Seputeh yang akan diresmikan oleh YB Senator Dato' Raja Nong Chik di Pusat Khidmat Masyarakat, Taman Desa (Peta disediakan dibawah atau browse di http://pemudaseputeh.blogspot.com/2010/01/salam-kepada-semua-warga-pemudaseputeh.html). Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Program ini. Salam.

29 Januari 2010

PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

Tarikh: 29 Januari 2009 (Jumaat)
Masa: 08.30 malam
Tempat: Dewan Masyarakat Taman Batu Permai

Satu lagi program anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Program ini akan turut dihadiri oleh Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Objektif lawatan beliau adalah untuk mengenali dengan lebih dekat Pemuda di Cawangan-cawangan di dalam UMNO Bahagian Batu.

Semoga lawatan beliau ini akan mengukuhkan lagi kekuatan dan keyakinan golongan Pemuda di kawasan Parlimen Batu. Seluruh warga Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu dijemput hadir bertemu Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

28 Januari 2010

LAGI KRISIS DALAMAN PKR !!!

Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang akhirnya terbongkar apabila Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi negeri berkuat kuasa semalam.

Azan, 44, juga melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Biro Keahlian PKR negeri.
Pengumuman peletakan kedua-dua jawatan itu dibuat secara mengejut di pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di Air Putih di sini.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli parti, Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Ketua PKR Bahagian Indera Mahkota.

Azan ketika mengumumkan perkara itu menegaskan, tindakan tersebut diambil kerana kecewa dengan pentadbiran parti negeri yang tidak mematuhi peraturan Pendaftar Pertubuhan.

Sebaliknya dakwa beliau, urus tadbir parti tersebut dijalankan seolah-olah seperti sebuah syarikat perniagaan.

''Saya telah memaklumkan hasrat ini pada mesyuarat perhubungan parti semalam yang dihadiri semua ketua bahagian kecuali Cameron Highlands," katanya kepada pemberita di sini.

Pada pilihan raya umum lalu, Azan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Salamon Ali Rizal Abd. Rahman dengan undi majoriti sebanyak 1,027 undi.

Mengulas lanjut peletakan jawatannya itu, Azan memberitahu, beliau telah beberapa kali menegur pentadbiran PKR negeri terutama berhubung pengurusan kewangan, kutipan derma dan isu 'cah keting' yang berlaku dalam parti itu.

Bagaimanapun, jelas beliau, teguran itu tidak diambil peduli oleh kepimpinan atasan negeri tersebut.

''Saya dilihat antara ahli parti yang banyak menegur kerajaan negeri dan Pusat terutama berkaitan laporan audit tetapi apabila dalam parti ada elemen-elemen sebegini, ini tidak betul dan saya membuat teguran," jelasnya.

Berikutan peletakan dua jawatannya itu, Azan menafikan akan keluar daripada PKR dan melepaskan jawatan Ahli Parlimen.

Dalam pada itu, beliau menolak andaian bahawa ada dalang yang mendesak dirinya supaya meletakkan jawatan.

Komen FIFDS,
Apa lagi tunggu, ikut lah jejak rakan yang lain…Tinggalkan PKR ( Parti Kelentong Rakyat )…. ….

27 Januari 2010

AMK SELANGOR DESAK ZULKIFLI DI PECAT!!!!!!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai melampaui batas kerana telah menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui, sebelum ini beliau banyak bertolak ansur dengan Zulkifli apabila membiarkannya menyatakan pendapatnya sendiri.

"Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur. Ia bertentangan dengan semangat demokrasi," kata Anwar

Sabtu lalu, Zulkifli membuat laporan polis mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terus mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam.

Zulkifli dalam laporannya itu turut melampirkan kenyataan Khalid dalam satu artikel bertajuk "Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman" yang disiarkan laman portal propembangkang Malaysiakini, kelmarin.

Zulkifli menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu sebagai berunsur hasutan dan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Dewan Undangan Negeri itu serta menghina umat Islam secara umumnya.

Ekoran daripada itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyatakan bahawa parti itu akan menentukan nasib Zulkifli sama ada akan dikenakan tindakan disiplin atau sebaliknya dalam mesyuarat khas parti itu, esok.

Pas pula melalui Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tindakan Zulkifli itu sebagai tidak elok dan tidak manis seolah-olah seperti sengaja mengangkat bola tanggung untuk direjam oleh pihak lawan.

Sementara itu di SHAH ALAM, Angkatan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Selangor mendesak jawatankuasa disiplin mengambil tindakan tegas termasuk memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang didakwa cuba merosakkan hubungan parti itu dengan Pas.

Ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, Zulkifli perlu dihadapkan kepada jawatankuasa berkenaan kerana tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad jelas melanggar prinsip perkongsian antara parti-parti pembangkang itu.

Komen FIFDS,
Kesian Zulkifli nak perjuangkan agama islam, tapi bosnya tak restu…Sebab PKR dan PAS kaki dan tanganya di ikat oleh DAP kalau mahukan jalinkan kerjasama !!!! Bersama kita fikir-fikirkan … …

26 Januari 2010

DAULAT TUANKU

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Mendoakan agar,

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin

Selamat Menjalani Rawatan Lanjut Pembedahan Lutut
Dan Semoga Cepat Sembuh.

25 Januari 2010

AL-FATIHAH

Kepada ,

Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail
Sultan Negeri Johor Darul Takzim


Dan

Ucapan Takziah

Kepada Seluruh Kerabat Di Raja Negeri Johor Darul Takzim


Daripada,

Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

22 Januari 2010

MB SELANGOR HILANG JAWATAN!!!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibubarkan setelah 13 ahli jawatankuasanya (AJK) meletak jawatan.

Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin.

Mereka bertindak demikian kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Perletakan jawatan beramai-ramai dibuat kerana AJK telah hilang kepercayaan dan kecewa dengan kepimpinan Abdul Khalid yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua.

AJK bahagian juga berasa terpinggir dan diabaikan kerana sejak 14 bulan lalu, tiada mesyuarat diadakan menyebabkan aktiviti dan gerak kerja tidak dapat dilakukan.

Malah PKR Bahagian Kuala Selangor tidak mempunyai pejabat pentadbiran sendiri sebaliknya menggunakan kemudahan Pejabat Kerja Menteri Besar di Pekan Ijok yang dibiayai oleh kerajaan negeri.

"Abdul Khalid juga mula mewujudkan jurang dan tidak percayakan AJK yang dilantik, bersikap diktator, angkuh, membawa gaya pentadbiran autokrasi dan langsung tidak mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan parti walaupun ada ahli keluar parti."

Macam mana nak pimpin kerajaan negeri, kalau di bahagian pun dah kena bubur jawatan..Kata hebat sangat dalam MEMBELA NASIB RAKYAT DAN MENJAGA EKONOMI NEGERI !!!! Bahagian pun tak dapat NAK JAGA !!!

Bersama kita fikir-fikirkan…. ….- FAIRUL ISKANDAR HJ FAIZIL DE SOUZA

21 Januari 2010

SAYA SOKONG SIAPA SAJA JADI KETUA PEMBANGKANG

Saya sokong "Abdul Hadi ke, Anwar ke atau Lim Kit Siang ke, kita sokong semua..." mengenai dakwaan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan jawatan ketua pembangkang yang kini disandangnya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata, menjadi pegangan Pas negeri untuk menyokong pemimpin yang dipilih menerajui pakatan pembangkang tidak kira daripada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP. "Kita sokong semua kepimpinan pakatan.” - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak


Bagus la sokong siapa saja jadi ketua pembangkang.. Pas dan keadilan memang jadi pak turut kepada DAP selama ni.. (Bersama kita fikir-fikirkan) - FAIRUL ISKANDAR HJ FAIZIL DE SOUZA

20 Januari 2010

TERIMA KASIH TPM - ISU SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERAK BANDAR BARU SENTUL

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinya pada 16 Januari 2010 Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajar telah mengumumkan peruntukan RM 20 juta bagi pembinaan semula Sekolah Kebangsaan Seri Perak ini.

Selaku Pengerusi Badan Bertindak mengenai isu ini, saya secara peribadi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kempimpinan bahagian iaitu Y.Bhg. Datuk Yahya Mat Ghani di atas satu mesyuarat khas yang diadakan pada 6 Januari 2010, beliau telah meminta agar diberi kepercayaan kepada UMNO Bahagian Batu bagi membawa perkara ini kepada TPM dan akhirnya kejayaan isu ini tercapai.

Kepada Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sdr Azniee Abdullah dan Seluruh Jawatan Kuasa, pihak sekolah iaitu Guru Besar, Wakil PIBG, Persatuan Penduduk dan Wakil NGO setempat, sekalaung penghargaan diatas kerjasama dalam penyelesaian isu ini bersama.

Apa yang penting selepas pembinaan sekolah ini Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu meneliti dan melihat agar Parkir bertingkat dapat dibuat secepat mungkin bagi menyelesaikan sebahagian masalah yang akan tiba semasa pembinaan sekolah ini.

Saya mendoakan agar Allah SWT dapat membalas segala pengorbanan bagi insan yang terlibat dalan penyelesaian isu ini.

Sekian terima kasih.


FAIRUL ISKANDAR HJ FAIZIL DE SOUZA
Pengerusi
Badan Bertindak Isu Sekolah
Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Seri Perak
Bandar Baru Sentul 51000 Kuala Lumpur

19 Januari 2010

Lawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke Parlimen Batu

Tarikh: 22 Januari 2010 (Jumaat)
Masa: 08.00 malam
Tempat: Dewan Taman Melewar

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin akan mengadakan lawatan beramah mesra ke kawasan Parlimen Batu seperti butiran di atas. Objektif lawatan beliau adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pemuda di Cawangan-cawangan di dalam UMNO Bahagian Batu. Semoga lawatan beliau ini akan mengukuhkan lagi kekuatan dan keyakinan Pemuda di kawasan Parlimen Batu. Seluruh warga Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu dijemput hadir bertemu YB Khairy Jamaluddin.

* kepada mereka yang bukan ahli UMNO juga dijemput hadir untuk bertemu YB Khairy Jamaluddin. Kenali diri beliau sebelum membuat andaian tentang beliau. Jangan dengar cakap orang, tetapi lihatlah dan nilailah sendiri.

* untuk membaca liputan media terhadap majlis tersebut, sila klik di sini.

* untuk melihat album gambar majlis tersebut, sila klik di sini dan di sini.

18 Januari 2010

Mesyuarat Khas

Tarikh: 18 Januari 2010 (Isnin)
Masa: 09.00 malam
Tempat: Dewan Taman Melewar

Satu mesyuarat khas akan diadakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu seperti butiran di atas. Agendda mesyuarat berkisar tentang perancangan program untuk minggu ini. Mohon kerjasama semua AJK untuk hadir bersama-sam dalam perbincangan ini.

14 Januari 2010

Program Mesra Rakyat

Tarikh: 16 Januari 2010
Masa: 08.00 pagi
Tempat: Dataran Fasa 8 & 9 Bandar Baru Sentul


Lawatan kerja rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan. Terdapat juga persembahan daripada artis-artis tempatan, cabutan bertuah, tarian 1Malaysia, gendang 1Malaysia, pameran & gerai karnival serta bermacam-macam lagi. Seluruh warga Parlimen Batu dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.

Untuk melihat album gambar, sila klik di sini dan di sini.

06 Januari 2010

Program "UMNO Juara Rakyat"

Tarikh: 09 Januari 2010 (Sabtu)
Masa: 08.00 pagi
Tempat: Bukit Sentosa, Rawang

UMNO Bahagian Batu akan menyediakan 5 buah bas untuk menghantar peserta yang berminat untuk menyertai program ini. Semua peserta dikehendaki berkumpul di perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Batu sebelum bertolak bersama-sama ke lokasi program. Seluruh warga Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada program ini.

05 Januari 2010

Jangan Biarkan Kalimah ALLAH Digunakan Untuk Agama Lain

Tarikh: 08 Januari 2010 (Jumaat)
Masa: Selepas Solat Jumaat
Tempat: Perkarangan Masjid Negara, KL

Mari kita berkumpul beramai-ramai sebagai tanda bantahan terhadap perbuatan biadap sesetengah pihak ini. Allahuakbar!